Wednesday, 4 July 2012

Cinta, Mencintai dan Dicintai

Assalamualaikum :)

Semua orang ada cerita cinta. Macam tu jugak lah dengan aku.
Setiap orang tak sama jalan ceritanya.
Ada yang begitu, dan ada yang begini.
Jalan cerita aku pulak begitu begini.
Hahaha yea aku tau tidak masuk. Lupakan.

Dulu, diwaktu zaman muda mudi dahulu
aku pernah punya kisah cinta.
Zaman muda mudi ye lak ?
Tua betul rasanya sekarang. Yaa abaikan.
Bertahun aku menyemai benih-benih cinta
hingga tumbuh mekar menjadi pokok durian.
Segala macam halangan dan rintangan aku harungi bersama.
Tidak kira apa pun yang melanda kami tetap bersama.
Yaa bersama lagi.
Jika todak datang menyerang akan kami cantas muncungnya.
Tapi itu semua dulu. Dulu ya duluuu.
Pokok durian, halangan dan rintangan
sudah jadi abu kenang-kenangan.
Todak dan muncungnya sudah jadi bangkai di tepian.
Konon lah kan. Sekarang ? Puihh semua tak berguna.
Kahkahkah. Itulah cinta zaman monyetku.

Bertahun lamanya aku tidak merasa bahagia.
Takda la bertahun mana pun. 3 tahun je pun.
Sepanjang tempoh 3 tahun tu aku tak pernah rasa sebahagia dulu.
Yea aku akui dalam tempoh masa tu
aku pernah menyemai cinta dengan seseorang.
Tapi jujur aku katakan aku tak bahagia dengan dia.
Mungkin sebab terpaksa. Kesian pun ada. Entahlah.
Hubungan kami memang tak lama. Aku pun tak tahu dimana silapnya.
Maafkan aku Mr I. Maafkan aku.

Tapi kini, aku kembali bahagia.
Malah lagi bahagia dari cinta zaman monyet aku dulu.
Nekad aku katakan, kali ini aku nak serius dengan cinta aku.
Mungkin bukan dia yang pertama.
Tapi aku mahu dia menjadi yang terakhir. Noktah.
Yelah, umur dah meningkat.
Bukan masa untuk cari pakwe lagi dah.
Tapi sekarang masa untuk cari suami.
Dia baik orangnya. Tegas mungkin.
Garang itu pasti dari riak wajahnya. Hahaha.
Mungkin sifat tanggungjawab, ketegasan kau
buat aku tertarik kepada kau.
Kalau kau tengah membaca entry ni,
please suatu hari nanti jadikan aku yang halal di sisi kau ye :')
Walaupun kasih aku beribu,
tapi cinta aku kini hanya satu. ---> Khairul Anuar :')

Sekian,