Assalamualaikum :)
Ada sesuatu mengenai senyuman
yang manusia tak kan pernah tau.
Kadang-kadang orang yang tengah bersedih
pun mampu mengukirkan senyuman.
Tak semestinya orang yang tengah gembira
sahaja yang mampu tersenyum bukan ?
Ada sesuatu mengenai sayang
yang tak semua orang tau menghayatinya.
Sayang itu luas maknanya.
Dan besar pengertiannya.
Kalau sayang aku kata.
Maka sayang lah ia.
Tak kan ada siapa boleh pertikaikan
siapa dan bagaimana cara aku sayangkan seseorang.
Ada sesuatu mengenai cinta
yang mungkin semua manusia pernah merasainya.
Bila mana rasa itu datang, hargai lah.
Bukan senang ia datang. Tapi ia senang untuk pergi.
Jadi jaga lah ia supaya ia tidak pergi.
Belajar mencintai sama lah juga seperti belajar melukai :)
Ada sesuatu mengenai rindu
yang selalu dan sering menghantui manusia.
Puaka betul lah rindu ni. :)
Kalau hati dah kata rindu tak keruan jadinya bukan ?
Tipu lah kalau siapa kata dia tak pernah merindui.
Indah bila merindui dan bahagia bila dirindui :)
Aku pernah tersenyum
Aku pernah menyayangi
Aku pernah mencintai dan
Aku pernah merindui.
Aku bersyukur sebab aku dikurniakan
keempat-empat makhluk di atas.
Makhluk ? Yes abaikan. -..-
Terima kasih Ya Allah.
Akan aku jaga ia dengan sebaik mungkin.
Kau ada ? Takdeee punnn.
Jangan la jelez, peluk cium sikit :D
Sekian,




